"Kak nak buat cermin mata yg boleh tengok jauh dan dekat sekali, tapi takmao yang ada tanda bulat dekat cermin tu"
Oho.. Cermin multifokal la tu namanya kak ????
Multifokal ialah cermin yg mempunyai 3 power dalam satu kanta iaitu power utk melihat jauh, jarak pertengahan seperti penggunaan komputer dan jarak dekat untuk membaca (33-50cm). Hebat kan?
Meh kita tengok sikit apa KELEBIHAN cermin multifokal ni ????????
1️⃣ Dapat membantu untuk melihat jauh & membaca dengan terang dalam satu masa yg sama tanpa perlu menanggalkan cermin mata selepas membaca jika ingin melihat jauh
2️⃣ Kelihatan lebih muda & tampak bergaya ???? Almaklum laa, orang lain tak tahu kita sudah 'berusia' kerana memakai cermin mata sama seperti orang lain walaupun hakikatnya cermin kita tu dah ada rabun dekat di dalam nya ????
3️⃣ Mengurangkan masalah keletihan mata krn mata dapat bekerja secara berperingkat. Power rabun jauh berubah secara berperingkat samada semakin meningkat/berkurang ke power rabun dekat
Tapi..cermin multifokal ini mempunyai kawasan 'distortion' iaitu kawasan yg menyebabkan pandangan sisi kita kurang jelas ketika menjeling.
Hal ini berlaku kerana pertindihan power rabun jauh & rabun dekat. Sebab tu pentingnya memilih jenis cermin yg bersesuaian mengikut bajet & keperluan harian kita ????
TIPS MUDAH UTK PEMILIHAN CERMIN MULTIFOKAL :
1️⃣ Bingkai yg dipilih mestilah mempunyai saiz/ketinggian minimum muktifokal supaya setiap power tidak terlalu sempit
2️⃣ Kena sentiasa setkan dalam minda, multifokal bukan 'boleh terus pakai' tetapi mengambil masa untuk disesuaikan dengan mata kerana mempunyai titik fokus yg berbeza utk melihat dengan jelas
3️⃣ Pilih ruang power yg lebih luas @ besar mengikut demand aktiviti harian samada banyak melakukan aktiviti yg melibatkan tengok jauh/pertengahan/dekat
_________________
"Ramai yg cakap bila pakai multifokal ni akan rasa pening & rasa tinggi rendah. Kekadang tu tak puas nk membaca. Betul ke tu?"
Betul la tu akak ???? Tidak dapat dinafikan rasa itu mungkin ada. Tapi.. kalau kena cara dan kaedahnya insyaAllah mudah ja nak serasi dengan cermin multifokal ni ????
Nak tahu tak tips mudah untuk pakai cermin multifokal ni? Terutamanya untuk mereka yg pertama kali memakai cermin mata.
Tunggu next posting dari kami ok? ????