News

Home / News
Ku Sangkakan 2 Rupanya 3, Ehh Sekali Lagi

Ku Sangkakan 2 Rupanya 3, Ehh Sekali Lagi

Ku sangkakan 2 rupanya 3, ehh sekali lagi banyak pulak ????

Apa yg 2, apa yg 3 tu?

Pernah dengar tentang kanta sentuh? Ofkos la ramai yg tahu kan ????

Tapi ramai tak yg tahu sebenarnya ada banyak jenis kanta sentuh yg boleh dipakai mengikut kesesuaian mata masing2. Meh kita cekidaut!????????

1️⃣ KANTA SENTUH LEMBUT (Soft Contact Lens)

➡️ Fleksibel & boleh menyerap air, diperbuat drpd plastik hydrogel lembut
➡️ Agak mudah terkoyak & kotoran (protein deposit) akan mudah terbentuk atas permukaan
➡️ Material silicone hydrogel lebih bagus krn membekalkan lebih banyak oksigen ke dalam kornea mata & kekalkan kelembapan mata utk tempoh lebih lama

2️⃣ KANTA SEPARA KERAS ATAU RGP (Rigid Gas Permeable)

➡️ Diperbuat drpd plastik tegar (rigid) & tidak mengandungi air
➡️ Diameter lebih kecil (10mm), benarkan lebih banyak oksigen masuk ke dalam kornea
➡️ Pilihan terbaik untuk membetulkan rabun iaitu astigmatisma dan presbiopia

3️⃣ ORTHOKERATOLOGY (Ortho-K)

➡️ Menggunakan RGP khas utk ubah bentuk kornea
➡️ Dipakai semasa tidur selama 8 jam & bangun pagi terus rasa bahagia sbb boleh melihat dgn jelas! ???? (Bersifat sementara, dan perlu memakainya setiap malam)

4️⃣ KANTA SENTUH HIBRID

➡️ Hasil gabungan dua material yg mana kawasan tengah, material RGP digunakan dan dikelilingi dengan material hidrogel (Rujuk gambar di bawah)

5️⃣ KANTA SENTUH MULTIFOKAL

➡️Sepertimana cermin mata multifokal, ia mempunyai banyak zon kuasa untuk penglihatan dekat dan jauh (Jarak Jauh, Pertengahan & Dekat)

6️⃣ KANTA SENTUH BERWARNA

7️⃣ KANTA PROSTETIK

➡️ Kanta lekap berwarna yang digunakan untuk tujuan perubatan & menambahkan keyakinan pesakit

Dapat sesuatu dari posting kali ni? ????

Boleh datang ke kedai kami utk tahu mana satu kanta sentuh yg sesuai utk anda! ????


Contact Us Now