Waktu kecil-kecil dulu bila tengok cerita P.Ramlee mesti terbayangkan memang dunia kita ni sejak azali warnanya hitam putih sahaja ka? ???? Bila dah besar sikit, berjumpa dengan orang yang rabun warna pun terfikir benda yang sama, semua objek dia akan nampak hitam putih ka? ???? Hehe. Sapa kat sini pun terfikir benda yang sama? ????♀️
Mesti la salah tanggapan tu sebab individu rabun warna masih boleh kenal pasti warna tapi cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang ada penglihatan warna normal ???? Kebanyakannya mempunyai kesukaran untuk bezakan warna terang dan warna gelap.
Antara faktor rabun warna ini adalah :
1️⃣ Kongenital / sejak lahir. Golongan lelaki lebih berisiko mendapat rabun warna jenis rabun merah dan hijau kerana faktor genetik ????????
2️⃣Faktor Perolehan. Penyakit yang dihadapi seperti kencing manis, faktor penuaan (Age related Macular Degenaration), glaucoma, katarak, kecederaan mata dan juga kesan sampingan sesetengah ubat menjadi penyebab seseorang itu mendapat rabun warna ????????
Lagi elok sekiranya anda segera membawa anak-anak anda melakukan ujian penglihatan warna sekiranya anda mempunyai keturunan yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. ???? Ujian ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak sudah mula faham dengan arahan yang diberi dan mengenal nombor atau bentuk ????????✨
Kenapa nak kena cek awal? Supaya masih tidak terlambat untuk menukar kecenderungan profession yang diminati anak2 sejak dari kecil terutamanya badan beruniform (polis,bomba, tentera), ahli kimia, ahli farmasi, juruelektrik mahupun juruterbang.????????✈️????????????????????♂️????????⚕️
Tapi jangan risau, dengan pendedahan awal dan sokongn daripada ibu bapa serta orang sekeliling, tidak mustahil individu ini masih mampu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kerana selalunya golongan rabun warna ini akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitarannya. ???????? Ingat tao! Golongan rabun warna ini bukan golongan yang cacat sehingga perlu dipinggirkan oleh orang sekeliling.
Dapat sesuatu? ????